PENGENALAN KEPELBAGAIAN IDEA"BANGSA IDAMAN"DAN PERBAHASAN



 PENGENALAN

            
                  Inilah yang dinamakan sebagai “Bangsa Idaman” iaitu sebuah harapan, sebuah idaman, majalah sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum. Namun idea”Bangsa Idaman” sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia.( Shamsul Amri Baharuddin,2011)

                 Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2019), hasrat mewujudkan “Bangsa Idaman” di Malaysia tercetus sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing masing merancang untuk mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing –masing yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonom, politik, social dan budaya masing-masing.


Ulasan