KESIMPULAN
Dalam setiap perbincangan ini , dapat kita lihat perkaitan antara kepelbagaian idea bangsa idaman dan perbahasan. Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah Negara melalui konsep satu bangsa satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentment perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya.
Masyarakat harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Jangan kita bersikap evasive mahupun “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing “kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.Selain itu juga kita sebagai masyarakat hendaklah memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Kita perlulah sentiasa menghormati antara satu sama lain. Sikap toleransi perlu dimiliki setiap masyarakat agar keharmonian dan ‘ bangsa idaman’ dapat diteruskan dan membawa banyak impak positif ke Negara dan bangsa. Sikap ini juga perlu dipupuk dan diperkenalkan kepada remaja dan masyarakat pada masa kini supaya ‘bangsa idaman’ dapat dikekalkan. Hal ini senang dicapai apabila semua masyarakat berganding bahu menyemai nilai nilai murni.
Ulasan
Catat Ulasan